Menurut laporan, penggodam berjaya mendapatkan kunci keselamatan yang digunakan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk melindungi sistem berasaskan awan.
Dengan kunci tersebut, mereka dapat mengakses komputer pengguna Jabatan Perbendaharaan dan memperoleh dokumen tertentu yang tidak diklasifikasikan.
Kejadian ini pertama kali dikesan oleh penyedia keselamatan siber, BeyondTrust, pada 8 Disember lalu dan Jabatan Perbendaharaan bertindak segera dengan menghentikan operasi sistem yang terjejas lalu memulakan siasatan bersama Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur (CISA) serta FBI untuk menilai kesan serangan tersebut.
Bagaimanapun tiada bukti menunjukkan bahawa penggodam masih mempunyai akses kepada sistem Jabatan Perbendaharaan selepas tindakan mitigasi diambil.
Bagaimanapun, Jabatan Perbendaharaan memandang serius ancaman berkenaan dan merancang untuk mengeluarkan laporan tambahan bagi memberikan butiran lanjut.
Serangan berlaku ketika hubungan AS-China berada dalam ketegangan tinggi terutama mengenai isu siber, perdagangan dan fentanyl.
Presiden AS pada ketika itu iaitu, Donald Trump sering mengkritik China atas isu perdagangan dan kegagalan menghentikan aliran opioid fentanyl ke AS.
Namun China menafikan terlibat dalam serangan ini dan menegaskan bahawa mereka menentang semua bentuk serangan siber.
Tuduhan itu menambah ketegangan sedia ada antara kedua-dua negara, yang terus bersaing dalam pelbagai bidang termasuk keselamatan siber dan geopolitik. – Agensi