Baby Shima dan King SIng.

KUALA LUMPUR – Baby Shima telah menerima satu ugutan bunuh di Sarawak dan telah membuat laporan polis di Sibu semalam.

Penyanyi itu berada di Sarawak kerana ada konsert di kompleks Komuniti Azman Hashim di Sibu malam ini anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Dalam hantaran media sosialnya, Baby Shima mendakwa menerima mesej daripada akaun Mei Maxpherson Munded yang berbaur ugutan.

Mesej itu bertulis; LAGI U MASUK SARAWAK!Hati-Hati. Your enemy now M u sudah!Jangan pulang Malaya dengan mayat saja, ok!Take care Baby Shima”.

Baby Shima dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang datang berjumpa dengannya di balai polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here