A. Faris Reppin dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuantan selepas didapati bersalah melakukan terhadap sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan hari ini.

KUANTAN – Seorang bekas banduan disumbat semula ke dalam penjara selama 10 tahun sembilan bulan serta dikenakan hukuman sembilan sebatan atas kesalahan memperdaya seorang warga asing bagi mendapatkan taraf kerakyatan dengan menyamar sebagai Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Tertuduh, A. Faris Reppin, 55, tenang ketika dibacakan kesemua pertuduhan ke atasnya di dalam kamar Mahkamah Majistret dan dua hakim berasingan di Kompleks Mahkamah Kuantan hari ini.

Sesi pendakwaan dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya, Noor Aishah Mohd Amin dan Devagaran Naidu Baskaran.

Faris berbaju biru mengganguk faham dan mengaku bersalah atas semua pertuduhan itu tidak diwakili peguam namun merayu mahkamah bagi mengurangkan hukuman yang dikenakan.

Dalam kertas pertuduhan, Faris didakwa melakukan sembilan kesalahan penipuan berkenaan dari 2 hingga 19 Disember lalu dalam satu urusan mendapatkan kerakyatan serta kad pengenalan dengan mendorong seorang individu membuat bayaran sebanyak RM4,160 ke dalam akaun e-dompet Touch n Go.

Dia didapati melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda.

Beliau dalam rayuan berkata, dia bekerja sendiri dengan pendapatan RM1,000 sebulan dan masih menanggung kedua ibu bapa sudah uzur.

Bagi enam pertuduhan, Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menetapkan hukuman 17 bulan penjara dijalankan serentak bermula tarikh ditangkap beserta enam sebatan

Manakala tiga lagi pertuduhan dikenakan pejara selama 16 bulan dan tiga sebatan pula diputuskan oleh Hakim Raja Nurshuzianna Shakila Raja Mamat berkuatkuasa hari ini.

Difahamkan sebelum ini beliau selesai menjalani hukuman penjara selama 14 bulan telah dibebaskan pada Disember 2020 atas kesalahan serupa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast