Yahaya Othman

KUANTAN – Dua orang pesara guru masing-masing di Temerloh dan Raub berputih mata apabila terpedaya dengan skim pelaburan palsu serta tuntutan insurans tidak wujud sehingga mengalami kerugian berjumlah RM2,208,199.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kes pertama melibatkan warga emas lelaki berusia 71 tahun yang mengalami kerugian sebanyak RM1,875,199.

Menurutnya, mangsa terjerat dengan iklan pelaburan saham di Facebook dan telah menekan pautan yang diberikan lalu disambungkan ke dalam group WhatsApp.

“Mangsa diminta untuk muat turun aplikasi nama CAP MAX di Playstore dan diminta untuk mengisi maklumat peribadi, muat naik gambar kad pengenalan dan nomnor akaun bank.

“Mangsa dijanjikan akan mendapat pulangan sebanyak 30 peratus telah bersetuju dan telah memasukkan wang sebanyak RM10,000,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelasnya, pada  November lalu, mangsa telah menyemak aplikasi CAP MAX dan dapati keuntungan pelaburan telah masuk ke dalam akaun mangsa di dalam aplikasi tersebut.

Melihat kepada keuntungan itu, mangsa telah 21 kali lagi transaksi ke dalam enam akaun yang berbeza dan menyedari ditipu setelah diminta untuk memasukkan wang sebanyak RM2.84 juta lagi.

Setelah itu lelaki itu cuba mengeluarkan wang keuntungan di dalam aplikasi tersebut tetapi tidak berjaya.

Sementara itu, kes kedua melibatkan pesara guru wanita  yang telah menerima satu panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai seorang ejen daripada pihak Insurans Etiqa.

Suspek memaklumkan ada individu yang telah membuat tuntutan insurans atas nama mangsa.

Bagaimanpun mengsa berusia 60 tahun telah menafikan berkenaan tuntutan tersebut.

“Selepas panggilan dimatikan, mangsa telah menerima satu panggilan dari Sarjan Zaidi dan dapati nama mangsa telah terlibat dengan penggubal wang haram yang melibatkan akaun BSN yang berjumlah RM2,800,000.

“Mangsa menafikan perkara tersebut kerana mangsa tidak pernah mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional (BSN),” kata Yahaya menerusi kenyataan hari ini.

Selepas itu, mangsa telah diarahkan untuk ke bank bagi menukarkan nombor telefon yang telah diberi oleh suspek.

Yahaya berkata, suspek meminta mangsa untuk memasukkan wang daripada akaun bank milik mangsa ke akaun bank yang diberikan bertujuan untuk siasatan daripada Bank Negara.

Mangsa juga telah diarahkan untuk membuat pinjaman wang di bank dan mangsa juga telah menjual barang kemas milik mangsa dan wang dimasukkan ke akaun suspek.

Mangsa kemudiannya menyedari perbuatan berkenaan adalah penipuan dan mangsa syaki telah ditipu setelah diminta untuk memasukkan wang lagi selepas mengalami kerugian RM333,000.

Pihak Polis Kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai agar membuat semakan dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan atas talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. susah juga nak komen.. bahkan ada pesara institusi tertentu yang sering buat ceramah isu scammer pun kena scam besar …

Comments are closed.