isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menegaskan, parti itu tidak pernah berbincang dengan kepimpinan Pas apatah lagi mahu bekerjasama menganjurkan himpunan aman solidariti buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, tegas beliau, UMNO sudah merancang lebih awal untuk mengadakan perhimpunan itu sebelum Pas mengeluarkan surat meminta ahli-ahlinya supaya menghadiri perhimpunan aman tersebut.

“Oleh itu Lim Guan Eng perlu duduk diam dan jangan ‘sebok sebok’. Kamu selesaikan masalah rasuah kamu. Kamu kata perhimpunan itu boleh mengancam perpaduan Kerajaan Madani, tetapi meyembunyikan titah adendum itu lagi kuat mengancam masa depan Kerajaan Perpaduan,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Tedahulu, media melaporkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan membidas UMNO kerana berganding bahu dengan Pas mengadakan perhimpunan solidariti untuk Najib, minggu depan.

Guan Eng berkata, ia akan menimbulkan keraguan tentang keikhlasan UMNO menjadi rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, tular di media sosial sepucuk surat yang dikeluarkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengarahkan ahlinya berhimpun bagi ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ pada 6 Januari depan, bermula pukul 9 pagi di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya.

Surat itu dikeluarkan kepada pesuruhjaya Pas Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang serta setiausaha sayap-sayap parti tersebut.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan 6 Januari depan untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh bekas Perdana Menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan titah adendum yang dikatakan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here