@malaysiagazette Sebuah asrama Maahad Tahfiz Al-Johari di Jalan Parit Bingan, Johor, terbakar pagi tadi. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor memaklumkan, kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat dua bangunan kekal asrama berkenaan, kira-kira pukul 8.30 pagi. Katanya, seramai 23 anggota dari tiga balai termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penggaram dan Rengit, dikejarkan ke lokasi kejadian. malaysiagazette MGViral
KUALA LUMPUR – Sebuah asrama Maahad Tahfiz Al-Johari di Jalan Parit Bingan, Johor, terbakar pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor memaklumkan, kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat dua bangunan kekal asrama berkenaan, kira-kira pukul 8.30 pagi.
Katanya, seramai 23 anggota dari tiga balai termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penggaram dan Rengit, dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran itu melibatkan kawasan seluas 30 meter panjang dan 9 meter lebar hangus hampir 70 peratus dalam insiden kebakaran yang berlaku pagi tadi.
“Pihak bomba masih menyiasat punca sebenar kebakaran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya menerusi kenyataan.
Bagaimanapun, sebahagian besar pakaian dan pelbagai barangan milik pelajar musnah dalam kejadian itu.
Api berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh hampir dua jam.
Difahamkan, ketika kebakaran berlaku, semua pelajar dan guru sedang menyertai program gotong-royong di laman sekolah.
Terdahulu, tular beberapa rakaman mengenai kebakaran maahad tahfiz terbabit di aplikasi whatassp hari ini.
Rakaman itu dapat dilihat secara jelas api memusnahkan bangunan yang juga tahfiz berkenaan dengan pantas. – MalaysiaGazette