PPS
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Johor dan Kelantan, masing-masing menyaksikan peningkatan setakat 8 malam ini.

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 69 orang daripada 17 keluarga berbanding 52 orang daripada 14 keluarga 8 pagi tadi.

Beliau berkata, mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gembut dan Balai Raya Kampung Perpat di Kota Tinggi.

“Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat dan Sungai Paya Dato di Mersing pula mencatat paras amaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di Jajahan Pasir Mas meningkat kepada 31 orang daripada sembilan keluarga berbanding 23 orang daripada tujuh keluarga sebelum ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To’Deh.

Sementara itu, di PERAK sebuah PPS dibuka 6 petang tadi di Dewan Kg Asli Chinggung, Daerah Muallim menempatkan 52 mangsa daripada 11 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan mereka yang terjejas merupakan penduduk Kg Chinggung. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here