Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

SHAH ALAM – Polis tidak menolak kemungkinan mayat yang ditemukan di RTB Sungai Changgang, Kuala Langat dekat sini Sabtu lepas mempunyai kaitan dengan kes remaja perempuan berumur 15 tahun yang dilaporkan hilang di Kajang pada 22 Dis lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu berkata mayat yang ditemukan tiga hari lepas itu berada dalam keadaaan reput, dan identiti tidak dapat dikenal pasti melalui pengecaman fizikal.

“Mayat telah dibawa untuk proses bedah siasat di Hospital Banting, dan polis sedang menunggu analisis keputusan DNA bagi proses pengecaman mayat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata laporan dibuat oleh teman lelaki remaja itu, yang menyatakan remaja berkenaan tidak dapat dikesan sejak petang 19 Dis lepas, dan polis telah membuka kertas siasatan bagi kes Orang Hilang (OH).

Hussein berkata susulan penemuan mayat, kes telah diklasifikasikan semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan motif kejadian masih dalam siasatan, dan polis menahan tiga suspek, termasuk teman lelaki remaja itu bagi membantu siasatan.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka yang masing-masing berumur 16, 20 dan 51 tahun kini direman hingga 5 Jan.

Terdahulu media melaporkan seorang remaja perempuan Yap Din Yuan, 15, dilaporkan hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras pada 19 Dis lepas.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here