Rais Yasin

MELAKA – Melaka telah mengemukakan 12 tapak cadangan pembangunan Program Residensi Rakyat (PRR) kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meliputi 2,394 unit rumah.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, Lembaga Perumahan Melaka (LPM) kini sedang menunggu maklum balas daripada KPKT yang dijangka diperoleh tahun depan.

Menurutnya, 12 tapak berkenaan adalah di Lendu sebanyak 160 unit rumah teres, Machap (600 rumah flat) Tun Kudu (300 rumah flat), Pondok Batang (130 unit teres), Nyalas (50 unit teres), Paya Rumput (280 rumah flat).

Lesung Batu (320 unit teres), Asahan (160 unit teres), Masjid Baru (50 unit teres), Sungai Udang (120 rumah flat), Durian Tunggal (80 unit teres) dan Sungai Rambai sebabyak 144 rumah flat.

“Tapak cadangan yang dikemukakan itu perlulah berstatus tanah kerajaan atau tanah agensi kerajaan negeri yang diserahkan secara percuma kepada kementerian untuk tujuan pembangunan perumahan itu.

“Jadi mana-mana kawasan yang mempunyai status tanah demikian bolehlah mengemukakan cadangan kepada LPM untuk dimasukkan dalam senarai permohonan PRR pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Siti Faizah Abd Azis (BN-Sungai Rambai) mengenai cadangan pembangunan PRR di Sungai Rambai pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here