Pemandangan senja matahari terbenam dengan bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas di sekitar ibu kota ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Ampang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 06 JULAI 2024.

Momen menarik sentuhan Lensa MalaysiaGazette sepanjang Tahun 2024.

1. Pemandangan senja matahari terbenam dengan bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas di sekitar ibu kota ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Ampang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 06 JULAI 2024.

2. Dua ekor gajah denak betina bernama Abot dan Rambai digunakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak bagi menangkap seekor gajah jantan liar yang menceroboh kawasan penempatan Orang Asli di RPS Legap, Sungai Siput sejak Disember lalu, dalam satu operasi pemindahan haiwan itu. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 JANUARI 2024.

3. Pertunjukan cahaya lampu berwarna-warni dan laser dari Menara Merdeka 118 setinggi 678.9 meter yang menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan menjadi mercu tanda baharu ibu kota sempena perasmiannya oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Menara Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 JANUARI 2024.

4. Penganut Hindu melakukan upacara keagamaan sempena sambutan Thaipusam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Batu Caves, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 24 JANUARI 2024.

5. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beramah mesra bersama rakyat pahang yang menunggu untuk menyambut Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ketika di jalan Mahkota, Kuantan, Pahang. Foto WAN NABIL NASIR, 30 JANUARI 2024.

6. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim (tengah) berkenan menerima watikah perlantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Dataran Istana, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 31 JANUARI 2024.

7. Lagenda bola sepak Manchester United dan England, David Beckham melayan peminat ypada World of the Predator Exhibition yang mengimbas sejarah 30 tahun but bola sepak dikeluarkan Adidas di The Exchange TRX, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 FEBRUARI 2024.

8. Empat daripada 131 lelaki warga dari Myammar termasuk etnik Rohingya yang merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, dicekup sekitar jam 3:30 petang berhampiran perkampungan Orang Asli Sanding. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2024.

9. Beberapa unit kediaman hangus dijilat api dalam kebakaran di tingkat 17, Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras. Foto SYADILA AMARI, 11 FEBRUARI 2024.

10. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bersama Ketua Pegawai Eksekutif MalaysiaGazette, Noraini Abd Razak berswafoto bersama kakitangan MalaysiaGazette pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat MalaysiaGazette di Kompleks Permaisuri Q, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 13 MAC 2024.

Dua ekor gajah denak betina bernama Abot dan Rambai digunakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak bagi menangkap seekor gajah jantan liar yang menceroboh kawasan penempatan Orang Asli di RPS Legap, Sungai Siput sejak Disember lalu, dalam satu operasi pemindahan haiwan itu. Foto ABDULLAH YUSOF, 8 JANUARI 2024.
Pertunjukan cahaya lampu berwarna-warni dan laser dari Menara Merdeka 118 setinggi 678.9 meter yang menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan menjadi mercu tanda baharu ibu kota sempena perasmiannya oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Menara Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 JANUARI 2024.
Penganut Hindu melakukan upacara keagamaan sempena sambutan Thaipusam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Batu Caves, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 24 JANUARI 2024.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beramah mesra bersama rakyat pahang yang menunggu untuk menyambut Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ketika di jalan Mahkota, Kuantan, Pahang. Foto WAN NABIL NASIR, 30 JANUARI 2024.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim (tengah) berkenan menerima watikah perlantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Dataran Istana, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 31 JANUARI 2024.
Lagenda bola sepak Manchester United dan England, David Beckham melayan peminat ypada World of the Predator Exhibition yang mengimbas sejarah 30 tahun but bola sepak dikeluarkan Adidas di The Exchange TRX, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 FEBRUARI 2024.
Empat daripada 131 lelaki warga dari Myammar termasuk etnik Rohingya yang merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, dicekup sekitar jam 3:30 petang berhampiran perkampungan Orang Asli Sanding. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2024.
Beberapa unit kediaman hangus dijilat api dalam kebakaran di tingkat 17, Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras. Foto SYADILA AMARI, 11 FEBRUARI 2024.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bersama Ketua Pegawai Eksekutif MalaysiaGazette, Noraini Abd Razak berswafoto bersama kakitangan MalaysiaGazette pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat MalaysiaGazette di Kompleks Permaisuri Q, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 13 MAC 2024.

11. Pemain Harimau Malaya, Arif Aiman melepasi pemain Oman, Mohammed Al Musalami pada Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia (AFC) 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 26 MAC 2024.

12. Anggota Bomba memeriksa laluan lokasi tiga mangsa yang hilang dihanyutkan arus deras akibat kepala air di sebuah sungai di Kota Perdana, Seri Kembangan. Foto MOHD ADZLAN, 31 MAC 2024.

13. Petani, Mohd Zailani Mohd Nor, 49 melakukan proses membuat pelita kekabu menggunakan putik buah yang masih muda dan dibelah dua bagi meneruskan tradisi nenek moyang pada malam tujuh likur sebagai persiapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Alor Keladi, Jertih, Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.

14. Banduan Prospek, Azmi (bukan nama sebenar) memegang erat tangan anak dan isterinya berjalan pulang selepas Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di Penjara Kajang, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 04 APRIL 2024.

15. Polis membawa seorang lelaki warga Israel, Shalom Avitan berusia 38 tahun untuk didakwa atas pertuduhan memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 12 APRIL 2024.

16. Antara sundang darjat dengan ukiran yang unik dikumpul Ustaz Muhammad Al-Amin di Al Amin Travel, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 16 JULAI 2024.

17. Sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Kompleks Sukan TLDM Lumut. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 APRIL 2024.

18. Isteri, Aliya Amalina Md Noor bersama anaknya, Wan Alyan Riz, 4, mengucup keranda suaminya, Allahyarham Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 APRIL 2024.

19. Jasad mendiang Leftanan T. Sivasutan, 31, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut diberi penghormatan terakhir ketika tinjauan MG Perak di Krematorium Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram, dekat Kampung Serdang Sitiawan, pagi tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 APRIL 2024.

20. Anggota bomba dan DBKL mengalihkan pokok besar yang tumbang ke atas kereta dan landasan monorel berhampiran Hotel Concorde di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 07 MEI 2024.

Pemain Harimau Malaya, Arif Aiman melepasi pemain Oman, Mohammed Al Musalami pada Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia (AFC) 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 26 MAC 2024.
Anggota Bomba memeriksa laluan lokasi tiga mangsa yang hilang dihanyutkan arus deras akibat kepala air di sebuah sungai di Kota Perdana, Seri Kembangan. Foto MOHD ADZLAN, 31 MAC 2024.
Petani, Mohd Zailani Mohd Nor, 49 melakukan proses membuat pelita kekabu menggunakan putik buah yang masih muda dan dibelah dua bagi meneruskan tradisi nenek moyang pada malam tujuh likur sebagai persiapan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Alor Keladi, Jertih, Terengganu. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2024.
Banduan Prospek, Azmi (bukan nama sebenar) memegang erat tangan anak dan isterinya berjalan pulang selepas Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di Penjara Kajang, Selangor. Foto FAREEZ FADZIL, 04 APRIL 2024.
Polis membawa seorang lelaki warga Israel, Shalom Avitan berusia 38 tahun untuk didakwa atas pertuduhan memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 12 APRIL 2024.
Antara sundang darjat dengan ukiran yang unik dikumpul Ustaz Muhammad Al-Amin di Al Amin Travel, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 16 JULAI 2024.
Sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Kompleks Sukan TLDM Lumut. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 APRIL 2024.
Isteri, Aliya Amalina Md Noor bersama anaknya, Wan Alyan Riz, 4, mengucup keranda suaminya, Allahyarham Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 APRIL 2024.
Jasad mendiang Leftanan T. Sivasutan, 31, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut diberi penghormatan terakhir ketika tinjauan MG Perak di Krematorium Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram, dekat Kampung Serdang Sitiawan, pagi tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 APRIL 2024.
Anggota bomba dan DBKL mengalihkan pokok besar yang tumbang ke atas kereta dan landasan monorel berhampiran Hotel Concorde di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 07 MEI 2024.

21. Aksi pemain sepaktakraw kebangsaan, Mohamad Azlan Alias ketika menentang pemain pasukan Thailand semasa perlawanan akhir acara regu primier pada Kejohanan Piala Dunia Sepaktakraw ISTAF 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 26 MEI 2024.

22. 124 warga asing diperiksa dalam Ops Kutip Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur(DBKL) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM), Ketika Tinjauan Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 27 MEI 2024.

23. Peserta hadir ke ‘Protes Senyap Peduli Rafah’ di hadapan KLCC, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 31 MEI 2024.

24. Reaksi sedih pemain Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim semasa membuat kemunculan kali pertama pada sidang media selepas menjadi mangsa simbahan asid ketika di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 13 JUN 2024.

25. Para penduduk terdiri daripada pelbagai lapisan usia ceria menyertai acara menangkap itik pada Karnival Sukan Bendang 2024 Daerah Perak Tengah di Bendang Pam Senin, Layang-Layang Kanan, Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JUN 2024.

26. Kerja-kerja perobohan Stadium Shah Alam yang bermula semalam akan dilakukan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang dijangka siap sepenuhnya pada 2029 ketika di Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 02 JULAI 2024.

27. Pemandangan senja matahari terbenam dengan berlatar belakangkan bangunan ikonik KLCC di sekitar ibu kota ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Ampang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 06 JULAI 2024.

28. Unit skuba dan sub akuatik forensik PDRM menemui telefon pintar dipercayai milik mangsa di lokasi kawasan ladang kelapa sawit susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JULAI 2024.

29. Para jemaah yang menikmati pemandangan yang cantik dari puncak bukit semasa menziarahi Gua Hira ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Jabal Nur, Kota Makkah, Arab Saudi. Foto MOHD ADZLAN, 17 OGOS 2024.

30. Ahli keluarga kepada Nidza Afham yang dilaporkan hilang selepas keluar berjogging semalam tiba di lokasi kejadian bagi meninjau tempat jumpanya dompet dan telefon bimbit. milik Nidza Afham ketika di Jambatan Kota, Majlis Bandaraya Diraja Klang. Foto MOHD ADZLAN, 14 OGOS 2024.

Aksi pemain sepaktakraw kebangsaan, Mohamad Azlan Alias ketika menentang pemain pasukan Thailand semasa perlawanan akhir acara regu primier pada Kejohanan Piala Dunia Sepaktakraw ISTAF 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 26 MEI 2024.
124 warga asing diperiksa dalam Ops Kutip Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur(DBKL) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM), Ketika Tinjauan Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 27 MEI 2024
Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) hadir ke ‘Protes Senyap Peduli Rafah’ di hadapan KLCC, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 31 MEI 2024
Reaksi sedih pemain Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim semasa membuat kemunculan kali pertama pada sidang media selepas menjadi mangsa simbahan asid ketika di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 13 JUN 2024.
Para penduduk terdiri daripada pelbagai lapisan usia ceria menyertai acara menangkap itik pada Karnival Sukan Bendang 2024 Daerah Perak Tengah di Bendang Pam Senin, Layang-Layang Kanan, Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JUN 2024.
Kerja-kerja perobohan Stadium Shah Alam yang bermula semalam akan dilakukan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang dijangka siap sepenuhnya pada 2029 ketika di Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 02 JULAI 2024.
Pemandangan senja matahari terbenam dengan berlatar belakangkan bangunan ikonik KLCC di sekitar ibu kota ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Ampang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 06 JULAI 2024.
Unit skuba dan sub akuatik forensik PDRM menemui telefon pintar dipercayai milik mangsa di lokasi kawasan ladang kelapa sawit susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JULAI 2024.
Para jemaah yang menikmati pemandangan yang cantik dari puncak bukit semasa menziarahi Gua Hira ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Jabal Nur, Kota Makkah, Arab Saudi. Foto MOHD ADZLAN, 17 OGOS 2024.
Ahli keluarga kepada Nidza Afham yang dilaporkan hilang selepas keluar berjogging semalam tiba di lokasi kejadian bagi meninjau tempat jumpanya dompet dan telefon bimbit. milik Nidza Afham ketika di Jambatan Kota, Majlis Bandaraya Diraja Klang. Foto MOHD ADZLAN, 14 OGOS 2024.

31. Seramai 41 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza yang diterbangkan dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir pada Khamis malam dengan menggunakan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan selamat tiba Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 16 OGOS 2024.

32. Suasana semasa orang ramai khususnya umat Islam mengambil kesempatan untuk berjemaah solat Maghrib yang pertama ketika tinjauan Malaysia Gazette di Masjid Jamek Cina Muslim, Klang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 OGOS 2024

33. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sedang giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang merupakan seorang pelancong warga India yang terjatuh akibat mendapan tanah di Masjid India, Kuala Lumpur, pagi tadi. Foto SADIQ SANI, 23 OGOS 2024.

34. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) membawa keluar seorang kanak-kanak perempan yang terkandas di Tapak Perkemahan Eco Risda, Kampung Ulu Slim dalam insiden kepala air ekoran empangan pecah di Slim River. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 OGOS 2024.

35. Para peserta persembahan mengibarkan Jalur Gemilang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ di Dataran Putra, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2024.

36. Pegawai tentera menyaksikan perarakan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ di Dataran Putra, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2024.

37. Pasukan Malaysia bergambar bersama piala selepas berjaya menewaskan Pasukan Lebanon pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto AIZAT ZAINAL, 08 SEPTEMBER 2024.

38. Penghuni terakhir yang merupakan pemilik perniagaan Tukang Jahit Gentlemen, Chiew Chea Cheong, 69 melayan pelanggan tetapnya yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan jahitan meskipun perlu melalui jalan yang sunyi di Wisma Punca Emas, Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024

39. Polis Kontinjen Selangor bersama pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita pusat perniagaan yang sebahagian besarnya dimiliki oleh rangkaian GISBH dalam serbuan yang dibuat pada jam 6.30 pagi ketika di Bandar Country Homes, Rawang. Foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2024.

40. Aksi pelumba pada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2024 peringkat ketiga (Taiping-Cameron Highlands) di Tanah Rata, Cameron Highlands. Foto MOHD ADZLAN, 01 OKTOBER 2024.

Seramai 41 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza yang diterbangkan dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir pada Khamis malam dengan menggunakan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan selamat tiba Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 16 OGOS 2024
Suasana semasa orang ramai khususnya umat Islam mengambil kesempatan untuk berjemaah solat Maghrib yang pertama ketika tinjauan Malaysia Gazette di Masjid Jamek Cina Muslim, Klang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 OGOS 2024
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sedang giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang merupakan seorang pelancong warga India yang terjatuh akibat mendapan tanah di Masjid India, Kuala Lumpur, pagi tadi. Foto SADIQ SANI, 23 OGOS 2024
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) membawa keluar seorang kanak-kanak perempan yang terkandas di Tapak Perkemahan Eco Risda, Kampung Ulu Slim dalam insiden kepala air ekoran empangan pecah di Slim River. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 OGOS 2024.
Para peserta persembahan mengibarkan Jalur Gemilang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ di Dataran Putra, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2024.
Pegawai tentera menyaksikan perarakan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ di Dataran Putra, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2024.
Pasukan Malaysia bergambar bersama piala selepas berjaya menewaskan Pasukan Lebanon pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto AIZAT ZAINAL, 08 SEPTEMBER 2024.
Penghuni terakhir yang merupakan pemilik perniagaan Tukang Jahit Gentlemen, Chiew Chea Cheong, 69 melayan pelanggan tetapnya yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan jahitan meskipun perlu melalui jalan yang sunyi di Wisma Punca Emas, Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024
Polis Kontinjen Selangor bersama pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita pusat perniagaan yang sebahagian besarnya dimiliki oleh rangkaian GISBH dalam serbuan yang dibuat pada jam 6.30 pagi ketika di Bandar Country Homes, Rawang. Foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2024.
Aksi pelumba pada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2024 peringkat ketiga (Taiping-Cameron Highlands) di Tanah Rata, Cameron Highlands. Foto MOHD ADZLAN, 01 OKTOBER 2024.

41. Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Gustavo meraikan gol ketiga bersama Arif Aiman Hanapi ketika menentang pasukan Selangor FC pada perlawanan Liga Super 2024-2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2024.

42. Insiden kemalangan melibatkan pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Jack Miller (kanan), Brad Binder dan pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo pada perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang. Foto AIZAT ZAINAL, 03 NOVEMBER 2024.

43. Pelumba Gresini Racing MotoGP, Marc Marquez terlibat kemalangan pada perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang. Foto MOHD ADZLAN, 02 NOVEMBER 2024.

44. steri kepada bekas Menteri Kewangan, Toh Puan Na’imah Khalid memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah suaminya, Allahyarham Tun Daim Zainuddin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1. Foto SADIQ SANI, 13 NOVEMBER 2024

45. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 di Masjid Putra, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 21 NOVEMBER 2024.

46. Mangsa banjir, Mohd Hasbullah Che Harun berjalan dihadapan rumahnya yang musnah akibat dilanda banjir ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Baru Nelayan, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 05 DISEMBER 2024.

47. Seorang mangsa berdiri bersebelahan pakaian yang rosak akibat dilanda banjir awal minggu lalu ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Siram, Pasir Mas. Foto SADIQ SANI, 06 DISEMBER 2024

48. Pelakon dan model, Zahnita Wilson bercakap ketika temubual eksklusif bersama MalaysiaGazette berkenaan pendedahan kemelut rumah tangga di Kuantan, Pahang. Foto FAREEZ FADZIL, 06 DISEMBER 2024.

49. Aksi ayam hutan yang dipertandingkan dalam acara sorak ayam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Teluk Cering, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2024

50. Orang ramai tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati suasana musim salji buatan dengan berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas (KLCC) sempena sambutan Hari Krismas yang bakal tiba di sekitar pusat beli belah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 8 DISEMBER 2024.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Gustavo meraikan gol ketiga bersama Arif Aiman Hanapi ketika menentang pasukan Selangor FC pada perlawanan Liga Super 2024-2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2024.
Insiden kemalangan melibatkan pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Jack Miller (kanan), Brad Binder dan pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo pada perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang. Foto AIZAT ZAINAL, 03 NOVEMBER 2024.
Pelumba Gresini Racing MotoGP, Marc Marquez terlibat kemalangan pada perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang. Foto MOHD ADZLAN, 02 NOVEMBER 2024.
Sahabat dan kenalan mengangkat Jenazah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin setelah selesai solat jenazah di Masjid Wilayah Persekutuan kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Bukit Kiara 1. Foto AIZAT ZAINAL, 13 NOVEMBER 2024.
Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Toh Puan Na’imah Khalid memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah suaminya, Allahyarham Tun Daim Zainuddin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1. Foto SADIQ SANI, 13 NOVEMBER 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 di Masjid Putra, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 21 NOVEMBER 2024.
Mangsa banjir, Mohd Hasbullah Che Harun berjalan dihadapan rumahnya yang musnah akibat dilanda banjir ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Baru Nelayan, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 05 DISEMBER 2024
Seorang mangsa berdiri bersebelahan pakaian yang rosak akibat dilanda banjir awal minggu lalu ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Siram, Pasir Mas. Foto SADIQ SANI, 06 DISEMBER 2024
Pelakon dan model, Zahnita Wilson bercakap ketika temubual eksklusif bersama MalaysiaGazette berkenaan pendedahan kemelut rumah tangga di Kuantan, Pahang. Foto FAREEZ FADZIL, 06 DISEMBER 2024.
Aksi ayam hutan yang dipertandingkan dalam acara sorak ayam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Teluk Cering, Tumpat. Foto SADIQ SANI, 09 DISEMBER 2024
Orang ramai tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati suasana musim salji buatan dengan berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas (KLCC) sempena sambutan Hari Krismas yang bakal tiba di sekitar pusat beli belah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 8 DISEMBER 2024.

51. Anggota MALBATT menyimpan beret pada sesi Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-bangsa Bersatu (PPNB) dan Pembubaran Malaysian Battalion 850-11 di Padang Kawad Pusasda, Port Dickson. Foto MUHAIMIN MARWAN, 12 DISEMBER 2024.

52. Proton Holdings Bhd (Proton) melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) pertama, (e.MAS 7) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 16 DISEMBER 2024.

53. Penyelam profesional, Nurshazwan Ja’afar, 28 bersama rakannya, Wan Hamizan, 31 berbincang sebelum memulakan persembahan memberi makan ikan sempena sambutan Hari Krismas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Aquaria KLCC. Foto MOHD ADZLAN, 20 DISEMBER 2024.

54. Semua 13 ahli lelaki GISBH memakai baju-T berwarna putih di sambut oleh sebahagian ahli keluarga yang menunggu diluar parkarangan mahkamah selepas selesai pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 23 DISEMBER 2024.

55. Ahli keluarga serta kenalan menguruskan jenazah lima sekeluarga yang merupakan mangsa kemalangan di Ayer Keroh bagi proses pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 24 DISEMBER 2024.

Anggota MALBATT menyimpan beret pada sesi Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-bangsa Bersatu (PPNB) dan Pembubaran Malaysian Battalion 850-11 di Padang Kawad Pusasda, Port Dickson. Foto MUHAIMIN MARWAN, 12 DISEMBER 2024
Proton Holdings Bhd (Proton) melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) pertama, (e.MAS 7) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 16 DISEMBER 2024.
Penyelam profesional, Nurshazwan Ja’afar, 28 bersama rakannya, Wan Hamizan, 31 berbincang sebelum memulakan persembahan memberi makan ikan sempena sambutan Hari Krismas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Aquaria KLCC. Foto MOHD ADZLAN, 20 DISEMBER 2024.
Semua 13 ahli lelaki GISBH memakai baju-T berwarna putih di sambut oleh sebahagian ahli keluarga yang menunggu diluar parkarangan mahkamah selepas selesai pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 23 DISEMBER 2024.
Ahli keluarga serta kenalan menguruskan jenazah lima sekeluarga yang merupakan mangsa kemalangan di Ayer Keroh bagi proses pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi, Sungai Tangkas, Selangor. Foto HARI ANGGARA, 24 DISEMBER 2024.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast