Hari ini atau 31 Disember 2024 merupakan hari terakhir Program Baucar Buku MADANI Fasa 2 yang bernilai RM100 untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

KUALA LUMPUR – Hari ini atau 31 Disember 2024 merupakan hari terakhir Program Baucar Buku MADANI Fasa 2 yang bernilai RM100 untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Menurut kenyataan MySISWAPLACE – portal yang diwujudkan Yayasan Perkasa Siswa menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mengagihkan baucar buku sejak 30 Oktober lalu, pelajar masih berpeluang merebut baucar buku hari ini.

“Perhatian kepada pelajar institusi pengajian inggi (IPT) yang belum tebus baucar buku RM100 percuma, anda tidak ada banyak masa lagi!

“Tinggal sehari hari sahaja lagi untuk anda tebus dan beli buku- buku yang menarik di MySiswaPlace! Rugi kalau tak gunakan bantuan baucar buku percuma ini,” kata kenyataan Facebook Mysiswaplace semalam.

Selain, bagi pelajar IPT yang mendapatkan baucar buku hari terakhir itu juga berpeluang memenangi cabutan bertuah.

Mereka boleh melayari mysiswaplace.my sekarang.

Portal yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir itu bertujuan untuk memperluas akses bantuan kebajikan dan geran bagi mahasiswa dengan lebih efisien dan pantas.

Melalui MySiswaPlace, pelajar IPT boleh mendapatkan bantuan secara atas talian termasuk Baucar Buku Madani bernilai RM100 yang boleh ditebus bermula 30 Oktober hingga hari ini (31 Disember 2024).

Data terkini menunjukkan hampir 500,000 baucar berjaya ditebus dengan 60 peratus daripadanya merupakan pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), 29 peratus dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan 10 peratus dari pelajar di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

“Peningkatan kadar penebusan ini bukan sahaja menunjukkan tahap kesedaran tinggi pelajar tentang manfaat program ini tetapi juga mencerminkan komitmen mereka dalam memanfaatkan inisiatif yang disediakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan mereka,” kata kenyataan yang sama.

Program Baucar Buku MADANI Fasa 2 bertujuan untuk menyokong keperluan akademik pelajar IPT dengan memberikan akses yang lebih mudah kepada bahan bacaan yang berkualiti.

Penebusan baucar yang dijalankan melalui platform rasmi MySiswaPlace selari dengan visi Menteri Pendidikan Tinggi untuk menyediakan pusat sehenti digital bagi memudahkan pelajar mengakses pelbagai perkhidmatan.

Program itu bukan hanya mempermudah pembelajaran mahasiswa tetapi juga memperkukuh ekosistem pendidikan di seluruh negara.

Platform iu telah mencatatkan peningkatan trafik yang luar biasa sejak pelancaran program, mencerminkan sambutan dan penerimaan tinggi pelajar terhadap inisiatif ini.

Kejayaan ini turut disokong oleh lebih daripada 900,000 naskhah buku fizikal dan langganan e-buku yang berjaya dijual melalui platform MySiswaPlace.

Ini melibatkan kerjasama dengan lebih daripada 300 syarikat penerbit, pengedar dan penjual buku di seluruh negara.

Koleksi bahan bacaan yang ditawarkan merangkumi pelbagai genre dan bidang, dari buku akademik hingga bahan rujukan profesional dan novel yang sesuai dengan keperluan pendidikan pelajar IPT.

Dengan sokongan meluas daripada komuniti penerbit dan pengedar, program yang sama bukan sahaja menyediakan akses kepada bahan bacaan berkualiti tetapi juga membantu memperkukuh industri penerbitan tempatan.

Jumlah penjualan dijangka akan terus meningkat dengan signifikan terutama menjelang tarikh akhir program penebusan baucar buku pada 31 Disember 2024.

Permintaan yang tinggi daripada pelajar di seluruh negara mencerminkan keberkesanan usaha ini dalam memudahkan akses kepada bahan bacaan serta menyokong perkembangan budaya membaca dalam kalangan mahasiswa.- MalaysiGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here