KUANTAN – Seorang warga Myanmar dihukum penjara selama dua bulan selepas mengaku salah menawarkan rasuah kepada seorang koperal polis di Mahkamah Sesyen 2 di Kuantan hari ini.
Tertuduh, Muhammed Shafi Muhammed Taher, 28, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) membuat pengakuan di hadapan hakim Sazalina Safie.
Dia dituduh menawarkan suapan RM200 kepada sub-inspektor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 pada 26 Disember lalu.
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan, Muhammed Shafi boleh dikenakan hukuman penjara tidak sampai 10 tahun dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh boleh satu perempat dari tempoh penjaraan yang lama sekali diperuntuk bagi kesalahan itu atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.
Sesi pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suriawani Abdul Rahim yang memohon mahkamah memberikan hukuman berbentuk pengajaran kepada terduduh dan masyarkat.
Dalam rayuannya, Muhammed Shafi memaklumkakan dia masih menanggung seorang isteri dan tiga orang anak juga memohon hukuman dikurangkan.
Hakim turut memutuskan wang sitaan RM200 dilucuthakkan ke dalam akaun hasil kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bawah Sesyen 40 ASPRM 2009. – MalaysiaGazette