Gambar Ihsan Polis

KUALA LUMPUR- Polis Kontinjen Kedah melupuskan 585 barang kes membabitkan aksesori-aksesori motosikal yang telah diubahsuai hasil daripada operasi yang dijalankan sepanjang tahun 2024.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, (JSPT)  Superitenden Abdel Nasser S Salleh berkata, antara barangan yang dilupuskan termasuklah ekszos, swing arm, enjin, karburator, ecu dan tayar yang tidak mengikut spesifikasi atau ubah suai yang telah mendapat arahan pelupusan daripada pihak mahkamah.

“Untuk makluman sepanjang tahun ini,  JSPT dengan lain-lain elemen penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  kontinjen kedah telah melaksanakan tugasan ops khas motosikal atau ops samseng jalanan.

Antara barang lupusan hasil rampasan Ops – Foto Ihsan Polis

“Hasil daripada operasi-operasi yang dijalankan telah berjaya membuat sitaan ke atas item-item ubah suai motosikal di bawah seksyen 64(1) akta pengangkutan jalan iaitu sebanyak 6,168 item rampasan.

“Kebanyakan item yang disita adalah ekzos dan swing arm iaitu melibatkan sebanyak 3,286 unit ekzos dan 2,178 unit swing arm,” katanya.

Kesalahan-kesalahan yang sering ditemui ialah ubah suai ekzos iaitu kesalahan di bawah kaedah 103 penyelenggaraan penyenyap.

Tambahnya, kesalahan lain termasuk pengubahsuaian struktur dan kelengkapan seperti karburetor dan ecu iaitu kesalahan di bawah kaedah 34 kaedah-kaedah kenderaan bermotor 1987.

Selain itu, pemilik-pemilik motosikal juga boleh dipersalahkan di bawah kaedah 94 kaedah-kaedah kenderaan bermotor 1987 sekiranya tidak memasang peti pada rantai motosikal.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan mengikut semua undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan menggunakan aksesori kenderaan yang standard sepertimana piawaian yang ditetapkan. 

“Pihak PDRM akan bertindak tegas dan tanpa kompromi bagi membendung kegiatan rempit ini dan akan terus mengesan pemilik-pemilik motosikal yang diubahsuai ini sehingga ke rumah dan tempat kerja, serta membuat pemeriksaan di bengkel-bengkel yang dikenal pasti ada membuat ubahsuai motosikal secara tidak sah,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here