Gambar hiasan

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengesahkan seorang lelaki iaitu orang kena tahan (OKT) di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, meninggal dunia pada 7.40 pagi, semalam, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

“Lelaki ini telah ditangkap pada 12.30 tengah hari, 26 Dis dan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pada 9.14 pagi, 27 Dis, OKT tersebut dibawa ke Mahkamah Kota Bharu bagi permohonan reman dan dibenarkan reman selama empat hari bermula 27 Dis hingga hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pada 7 pagi hari ini, anggota yang bertugas di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa mendapati lelaki berkenaan telah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia pada 7.40 pagi tadi.

Mohd Yusoff berkata kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Siasatan lanjut masih diteruskan sehingga menerima laporan bedah siasat. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini sementara siasatan masih dijalankan,” katanya.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here