Logo Jabatan penjara Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan insiden kematian tahanan reman semasa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 12 November lalu.

Jabatan Penjara Malaysia dalam  kenyataan memaklumkan, tahanan itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di bahagian kepala.

“Prospek merupakan tahanan reman berumur 32 tahun dan telah diterima masuk ke Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu atas kesalahan di bawah Seksyen 379 (KK) dan Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan tiada masalah kesihatan di kesan.

“Satu laporan polis telah dibuat berkaitan kes kematian tahanan reman ini oleh Pegawai Penjara bertugas,” katanya.

Tambah kenyataan itu, berdasarkan laporan oleh pegawai perubatan dan siasatan pegawai penjara, Hakim Koroner telah mengesahkan punca kematian dan pihak keluarga prospek berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

Jenazah kemudiannya diserahkan kepada waris untuk dikebumikan.

Terdahulu, pada 16 Disember lepas, satu laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa berkaitan punca kematian prospek.

Bagaimanapun Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat yang mengulas mengenai perkara itu dipetik berkata, lelaki itu ditahan pada 12.30 tengah hari 26 Disember lalu dan disiasat bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, orang kena tahan (OKT) itu dibawa ke mahkamah Kota Bharu pada 9.14 pagi 27 Disember lalu bagi permohonan reman dan dibenarkan reman empat hari mulai Jumaat lalu hingga semalam.

Pada 7 pagi semalam, beliau berkata, anggota bertugas di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa mendapati lelaki terbabit tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia pada 7.40 pagi oleh penolong pegawai Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

Katanya, kes itu diklasifikasikan mati mengejut serta disiasat Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Jabatan Penjara akan memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk sebarang siasatan yang dilaksanakan.

“Sehubungan dengan itu, Jabatan Penjara Malaysia memohon kerjasama daripada orang awam agar tidak menyebar luas berita yang tidak sahih berkaitan kejadian kes tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here