KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 3 sen seliter RM3.28 seliter bagi tempoh antara 2 Januari hingga 8 Januari 2025.
Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter.
Katanya, harga runcit diesel di Semenanjung naik sebanyak 3 sen sen seliter kepada RM2.98 seliter manakala harga runcit bahan bakar itu di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Penetapan harga runcit produk petroleum dilakukan secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.
Menurutnya, harga runcit diesel di Semenanjung masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu
RM3.35 seliter.
Tambahnya, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga
menyokong kestabilan harga. – MalaysiaGazette