KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan Program Memfail Borang Nyata (BN) bagi Tahun 2025 telah dimuat naik di portal rasmi HASiL sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai untuk mengemukakan BN pada tahun 2025.
Dokumen tersebut boleh diakses dan dimuat turun dengan mengikuti panduan mudah seperti yang berikut:
i. Layari Portal Rasmi HASiL di www.hasil.gov.my
ii. Klik menu Borang > Program Memfail Borang Nyata > Program
Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2025; atau
iii. Melalui capaian pantas di pautan berikut:
Versi Bahasa Malaysia:
https://www.hasil.gov.my/media/agdmne4n/program-memfail-bn-bagi-tahun-
2025.pdf
Versi Bahasa Inggeris:
https://www.hasil.gov.my/media/tvojk1ho/rf-filing-programme-for-2025.pdf
Mulai Tahun Taksiran (TT) 2024, pembayar cukai kategori individu, perkongsian, keluarga sekutu hindu, pertubuhan dan harta pusaka adalah diwajibkan sepenuhnya untuk mengemukakan BN secara e-filing, katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu, HASiL tidak lagi menerima pengemukaan BN secara manual/borang kertas sama ada di kaunter atau secara pos.
Kegagalan dalam mengemukakan BN boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
Majikan adalah digalakkan untuk mengemukakan butiran saraan dan potongan pekerja melalui e-CP8D pada atau sebelum 25 Februari 2025.
Maklumat saraan pekerja yang diterima akan digunakan bagi tujuan praisi ke dalam e-Borang pekerja (e-BE / e-B / e-BT / e-M / e-MT Tahun Taksiran 2024).
Ini bertujuan untuk memudahkan pekerja mengemukakan e-filing mulai 1 Mac 2025. Pekerja boleh menyemak dan meminda data praisi pada e-Borang mereka, sekiranya terdapat sebarang perubahan sebelum e-Borang ditandatangan dan dihantar.
Selain itu, mulai TT 2025 juga, pembayar cukai kategori Syarikat dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang telah mengemukakan BN, diwajibkan untuk memberikan maklumat tambahan dan mengemukakan dokumen-dokumen yang ditetapkan oleh
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) di bawah seksyen 82B ACP 1967 dalam tempoh 30 hari selepas tarikh akhir pengemukaan borang nyata seperti berikut:
a. Penyata Kewangan Beraudit / Akaun Pengurusan;
b. Pengiraan Cukai;
c. Jadual lengkap Elaun Modal dan Kenaan Jadual 3 ACP 1967 yang
dituntut; dan
d. Pengiraan lengkap insentif yang dituntut (jika berkaitan)
Sebagai panduan dan rujukan kepada pembayar cukai berkenaan keperluan pengemukaan dokumen ditetapkan di bawah Seksyen 82B ini boleh diakses melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/ atau capaian pantas seperti berikut:
https://www.hasil.gov.my/borang/program-memfail-dokumen-yang-ditentukan-di-bawah-seksyen-82b-melalui-mitrs/
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi:
a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000
(Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ . – MalaysiaGazette