JAINJ melakukan serbuan dan menahan sembilan orang Islam kerana minum arak di sebuah hotel di Perling, Johor Bahru, malam tadi

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan sembilan individu Islam di sebuah hotel di Perling, di sini, yang menganjurkan pesta minum arak dan parti buih sempena sambutan tahun baharu malam tadi.

Operasi tersebut yang bermula pukul 11 malam tadi sehingga 3 pagi ini melibatkan 11 pegawai dan anggota JAINJ serta enam kakitangan Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pemeriksaan dilakukan dalam sebuah café di hotel berkenaan selepas mendapat aduan awam.

“Pemeriksaan mendapati hotel tersebut menyediakan ruang untuk menganjurkan pesta minum arak dan parti buih sempena sambutan tahun baharu.

“Dalam operasi tersebut seramai 29 invividu muslim diperiksa. Mereka terdiri daripada pekerja dan pengunjung dalam premis tersebut semasa pemeriksaan dilakukan.

“Sembilan daripada didapati positif alkohol yang terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mereka yang ditahan positif minuman keras itu melibatkan lima warga tempatan dan empat warganegara Indonesia.

Beliau berkata, kertas siasatan bawah Seksyen 19(1)(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor (EKJSNJ) 1997 dibuka kerana minum minuman yang memabukkan.

Mohd Fared memberitahu, enam daripada mereka akan dihadapkan ke mahkamah manakala tiga lagi dilepaskan dengan jaminan. – MalaysiagGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here