Bangunan Wisma Putra Kementerian Luar Negeri di Putrajaya

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, kementerian itu memberi jaminan bahawa bantuan konsular telah diberikan kepada individu tersebut dan usaha berterusan dilakukan bagi memastikan perundangan tempatan melindungi haknya.

“Kementerian akan menyelaras rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menangani situasi itu dan komited untuk memberikan sokongan yang sewajarnya selain menegakkan prinsip kerahsiaan dan maruah untuk semua rakyat Malaysia di luar negara.

“Kami menggesa media supaya menghormati privasi individu dan keluarga mereka semasa masa sukar ini. Perkara sebegini sesuatu yang sensitif dan tidak boleh dianggap sebagai peluang untuk spekulasi atau gosip,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, sumber memaklumkan seorang pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober tahun lepas atas kesalahan memiliki dadah, kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu.

Menurut sumber itu hukuman tersebut dijatuhkan ketika perbicaraan pelawak terbabit pada November tahun lepas dan berdasarkan penghakiman, tempoh hukuman itu dijangka selesai April ini.

Difahamkan, pelawak tersebut mungkin dibebaskan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.

Sebelum ini, media melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here