Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap melalui runtuhan selepas serangan Israel di sebuah bangunan pentadbiran di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza pada 2 Januari 2025. foto AFP

GAZA – Ketua Polis Gaza dan timbalannya terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar selatan Khan Younis pada Khamis, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan mengesahkan Mahmoud Salah dan timbalannya Hussam Shahwan maut dalam serangan pada waktu subuh oleh tentera Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).

Beberapa orang dilaporkan turut terbunuh dalam serangan itu.

Kementerian itu menuduh tentera Israel “sengaja berusaha mencetuskan kekacauan di Gaza dan memburukkan lagi penderitaan kemanusiaan rakyatnya.”

Ia menyifatkan pembunuhan kedua-dua pegawai polis itu sebagai “pengabaian terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa” dengan menyasarkan pasukan polis “walaupun berperanan sebagai badan perlindungan awam.”

Tiada sebarang kenyataan daripada Israel mengenai serangan itu.

Walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru gencatan senjata segera, tentera Israel terus melancarkan serangan ke atas Gaza, yang mengorbankan lebih 45,550 mangsa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Okt 2023.

Pada November, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung serangannnya di wilayah itu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here