Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Dewan Seri Lestari, KKDW, Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 2 JANUARI 2025.

PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan menyemak semula Pelan Tindakan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 (DPLB 2030) dan Pelan Strategik Kementerian 2025.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat agar ia selari dengan fokus Rancangan Malaysia Ke-13 atau RMKe-13.

Menurut Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, ia bag memastikan kementerian itu berada di laluan yang tepat untuk membangunkan masyarakat desa.

“Indeks Prestasi Utama (KPI) yang kita tetapkan saban tahun mestilah berpandukan kepada kepuasan rakyat kerana kita semua ini berkhidmat untuk mereka, untuk masa hadapan mereka.

“Kini, kita berada di fasa terakhir RMKe-12 dan segala yang telah dilaksanakan perlu diukur untuk menilai pencapaian, mengenal pasti jurang dan memperbaiki kelemahan dalam perkhidmatan kepada masyarakat desa.

“Pada masa yang sama, kita sedang menuju ke RMKe-13 yang pastinya memerlukan perancangan yang lebih berani dan radikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 KKDW di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, selain penilaian dalaman, KKDW harus bekerjasama dengan badan penyelidikan pihak ketiga yang bebas untuk memastikan penilaian program dan inisiatif dibuat secara objektif.

“Untuk lebih memahami maklum balas rakyat, saya ingin mengarahkan UniKL bagi menjalankan kajian menyeluruh mengenai tahap kepuasan rakyat terhadap penyediaan keperluan asas, kemudahan asas, dan usaha memangkin sosioekonomi kawasan pedesaan.

“Dapatan ini sangat penting untuk memastikan perancangan kita kekal relevan dan lebih memberi kesan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here