Video yang memaparkan seorang lelaki yang menganggu jemaah masjid di TDDI pada 1 Januari 2025.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mengganggu jemaah masjid TTDI serta merosakkan sebuah televisyen dan kerusi mengalami masalah mental sejak April 2022.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kali terakhir suspek menerima rawatan pada 16 Januari 2023 di Pusat Perubatan Universiti Malaysia dan tiada rawatan susulan selepas tarikh tersebut.

Menurutnya, lelaki berusia 40 tahun itu telah dikesan untuk siasatan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu beliau mengesahkan menerima satu laporan berhubung video tular di pautan Facebook memaparkan seorang lelaki mengganggu jemaah masjid tersebut.

Kejadian berlaku pada 1 Januari 2025, lebih kurang 5.40 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here