Seorang warga emas maut selepas basikal ditunggang bergesel dengan sebuah kereta di Lebuhraya AMJ, di Tangkak semalam.

TANGKAK – Seorang warga emas maut selepas basikal ditunggang bergesel dengan sebuah kereta di Kilometer 9.3 Lebuhraya Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Roslan Mohd Talib berkata, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 9.30 pagi melibatkan basikal ditunggang mangsa dan kereta Kia Optima.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta tersebut dari arah Tanjung Gading menghala ke Melaka telah bergesel dengan penunggang basikal terbabit.

“Pada masa kejadian penunggang basikal itu melawan arus di bahagian tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, akibat kemalangan tersebut, penunggang basikal yang merupakan wanita berusia 71 tahun cedera dan dikejarkan ke Hospital Tangkak untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun ujarnya, warga emas terbabit meninggal dunia di hospital berkenaan ketika mendapat rawatan.

Menurut beliau, kemalangan disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang dan peraturan supaya kemalangan dapat dielakkan.

Tambahnya, sebarang maklumat bagi membantu pihak polis boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nurhisyam Syafiq Mat Lopa 013-9825324.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here