Sebanyak 53 motosikal disita dan tujuh lagi dalam Op Samseng Jalanan pada semalam

KUANTAN – Tujuh buah motosikal gagal ujian bunyi bising yang dikesan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang pada Op Samseng Jalanan semalam.

Menurut satu kenyataan, sebanyak 53 buah motosikal disita dalam operasi yang dilakukan itu.

”Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan tidak mencemarkan alam sekitar.

“Masyarakat dinasihatkan mematuhi undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi mengelakkan tindakan undang-undang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Operasi yang dijalankan sempena ambang tahun itu melibatkan 10 orang pegawai dan 53 anggota.

Selain Polis Diraja Malaysia(PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pahang dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang juga terlibat dalam operasi berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here