Hasil ujian ke atas kedua-dua pemandu itu selepas dibawa ke IPD Ampang Jaya mendapati kandungan alkohol dalam darah melebihi had ditetpkan iait 50/100 mililiter (ml) sahaja dibenarkan. Foto PDRM

KUALA LUMPUR – Padah memandu dalam keadaan mabuk, dua lelaki antara tiga individu ditahan dalam operasi penguatkuasaan Sambutan Ambang Tahun Baharu, malam semalam.

Ketua Ppolis Daerah Ampag Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dua individu yang ditahan itu merupakan warga tempatan berusia antara 30 hingga 40 tahun.

“Hasil ujian ke atas kedua-dua pemandu itu selepas dibawa ke IPD Ampang Jaya mendapati kandungan alkohol dalam darah melebihi had ditetpkan iait 50/100 mililiter (ml) sahaja dibenarkan.

“Mereka ditahan atas kesalahan memandu dengan kepekatan melebihi had ditetapkan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala seorang lagi bagi kesalahan waran tangkap berkaitan saman.

“Merujuk kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987, mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

“Individu terbabit boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000 serta lesen memandu akan digantung selama tempoh tidak melebihi dua tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi Ambang Tahun Baharu dijalankan di beberapa kawasan antaranya Jalan Susur Taman Kencana, Jalan Putra dan Jalan Ampang Bukit Saujana, Ampang bermula jam 9.30 malam hingga 5 pagi. Foto PDRM

 

Tambah beliau, operasi itu dijalankan di beberapa kawasan antaranya Jalan Susur Taman Kencana, Jalan Putra dan Jalan Ampang Bukit Saujana bermula jam 9.30 malam hingga 5 pagi.

“Dalam operasi itu, seramai 193 individu dan 193 kenderaan telah diperiksa, selain sebanyak 208 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai jenis kesalahan.

“Tiada lesen memandu antara kesalahan direkodkan tertinggi dikesan berbanding kesalahan lain seperti ubah suai ekzos, cukai jalan tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan pelbagai kesalahan lain,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd Azam memaklumkan pihaknya turut menyita 36 kenderaan atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 64(1) dan Seksyen 6(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kenderaan yang disita ini dikesan telah mengubah suai pada bahagian ekzos dan ada juga kenderaan dipandu warga asing, kesemua kenderaan disita dibawa ke Balai Polis Trafik Ampang untuk tindakan lanjut.

“Ini jelas kebanyakan pengguna kenderaan hanya mengambil mudah dan memandu tanpa lesen yang sah selain melanggar kesalahan undang-undang,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here