KUALA LUMPUR- Pemberi maklumat sah yang membawa kepada pengecaman dan pendakwaan individu yang bertanggungjawab memotong anggota badan kucing di Universiti Malaya (UM) ditawarkan ganjaran RM10,000.
Persatuan Pencinta Haiwan Selangor (SPCA) dalam kenyataan berkata, kekejaman yang dilakukan terhadap haiwan itu bukan sahaja mengerikan dan menyayat hati tetapi juga satu perbuatan jenayah berat mengikut Akta Kebajikan Haiwan Malaysia 2015.
“Kami menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat yang boleh dipercayai untuk tampil ke hadapan. Bersama-sama kita memastikan keadilan untuk haiwan yang tidak bersalah ini dan mencegah tragedi masa depan.
“Walaupun punca sebenar perbuatan kejam itu tidak diketahui, insiden itu menekankan keperluan untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah.