SEOUL- Polis Korea Selatan mengenakan sekatan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Jeju Air, Kim E-bae daripada meninggalkan negara itu susulan siasatan nahas udara yang melibatkan syarikat penerbangan tersebut, baru-baru ini.
Media tempatan melaporkan, langkah tersebut diambil selepas pihak berkuasa penerbangan meningkatkan siasatan terhadap kemalangan tersebut, pada Khamis.
Polis dalam kenyataannya berkata, mereka merancang untuk menentukan punca dan pihak yang bertanggungjawab terhadap dengan segera namun teliti.
Nahas udara terburuk di Korea Selatan itu yang melibatkan Pesawat 2216, Jeju Air itu mengorbankan 179 nyawa.
Hanya dua orang sahaja yang terselamat dalam kemalangan ngeri yang berlaku di Lapangan Terbang Muan pada Ahad.
Pagi semalam, Agensi Polis Wilayah Jeonnam memaklumkan, pihaknya telah melaksanakan “operasi mencari dan merampas” di Lapangan Terbang Muan, pejabat penerbangan serantau di barat daya bandar Muan serta pejabat Jeju Air di Seoul.- Agensi