Datu Razali (tiga dari kanan) mengetuai delegasi UMS ke Universiti Hannam, Korea Selatan.

KUALA LUMPUR – Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengakhiri tahun 2024 yang penuh gemilang melalui penyertaan dalam Program Global Convergence Capstone Design di Universiti Hannam, Korea Selatan.

Bertemakan “Carbon Neutrality,” program tersebut memfokuskan kecemerlangan akademik, penglibatan industri dan pertukaran budaya.

Delegasi UMS yang diketuai Ketua Program Mobiliti Antarabangsa, Datu Razali Datu Eranza turut disertai oleh Timbalan Pendaftar Kanan FPEP, Awina Kamis; Ketua Program Perniagaan Antarabangsa, Dr. Nur Aleysa Chew Tze Cheng; dan staf FPEP,
Arnah Sanuddin disambut oleh Pengarah Projek LINC 3.0, Prof. Gu-Hwan Won yang turut menekankan pentingnya kolaborasi global dalam pendidikan ketika bertemu delegasi UMS.

Lebih 25 peserta dari UMS dan Universiti Hannam menyertai program tersebut yang menyaksikan pengisian pelbagai siri ceramah berkaitan neutraliti karbon dan trend perniagaan global, antaranya ceramah “Future-Proofing Workplaces: Carbon
Neutrality and Global HR Trends” yang disampaikan Datu Razali; ceramah “Eksport dan Import” oleh Prof. Chen Hong dan ceramah “Neutraliti Karbon dalam Perniagaan Antarabangsa” oleh Dr. Nur Aleysa.

Turut diadakan lawatan industri ke Perusahaan Kecil dan Sederhana yang inovatif seperti PumpCare yang menjalankan operasi berkaitan tenaga mampan, Water Genesis, dan Organisasi Kereta Api Bawah Tanah Daejeon City sekali gus memberikan para peserta delegasi satu wawasan tentang amalan mampan dan
teknologi terkini.

Selain itu, peserta turut mengikuti bengkel seni budaya Korea, pembuatan makanan tradisional, dan acara “Malam Kebudayaan Sabah-Daejeon” yang mampu mengeratkan lagi hubungan kedua-dua institusi.

Program tersebut diakhiri dengan kuliah khas yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JeuDérm, Tatyana Jeon dan Profesor dari Woosong University, Profesor Dr. Gilbert M. Tumibay.

Dalam pada itu, Dekan FPEP, Prof. Madya Dr Mohd Rahimie Abd Karim merakamkan penghargaan kepada Universiti Hannam atas penganjuran program tersebut serta memuji usaha pihak yang terlibat, antaranya pensyarah FPEP, Profesor Madya Mat
Salleh Ayub dan Datu Razali, serta pensyarah Universiti Hannam, Prof. Peter Lee dalam mengadakan kolaborasi dan menjayakan program tersebut.

“Program ini bukan sahaja menangani isu global seperti neutraliti karbon tetapi juga membina jambatan akademik dan budaya yang kukuh.

“Usaha ini juga melambangkan dedikasi FPEP dalam memajukan kecemerlangan akademik global,” ujar Rahimie dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan lain, FPEP sekali lagi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Program Mobiliti Paling Aktif untuk tahun kelapan berturut-turut manakala Profesor Peter Lee menerima penghargaan khas daripada Kementerian Pendidikan Korea
Selatan atas sumbangan beliau terhadap kerjasama akademik antarabangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here