Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im bin Haji Mokhtar bercakap pada media berkenaan Majlis Pelancaran Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (PJH) 1446H/2025M yang akan dirasmikan oleh di Pentas Anjung, Movenpick Hotel, Convention Centre KLIA. Foto AIZAT ZAINAL, 3 JANUARI 2025.

SEPANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai dakwaan tiga warga asing yang menyebarkan agama Kristian secara terbuka di ibu negara.

Beliau memberi jaminan tidak akan menggangu siasatan yang sedang dilakukan polis bagi mengenal pasti dalang di sebalik tindakan yang menyalahi Perlembagan Persekutuan itu.

“Laporan polis telah dibuat, saya pun dimaklumkan dan kenyataan pun telah saya keluarkan, kita berikan sepenuhnya kepercayaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan yang terperinci,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan merasmikan Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Kali Ke-3 Pengelola Jemaah Haji 1446H/2025M (Karnival PJH) di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Terdahulu, polis sedang mengesan tiga individu dipercayai warga asing susulan tular video mereka cuba menyebarkan agama Kristian di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, polis mengesahkan menerima satu laporan pada pukul 10.19 malam pada Isnin lalu berhubung perkara itu.

Mohamad Lazim berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular video berdurasi 54 saat di TikTok memaparkan individu terbabit dipercayai warga asing cuba menyebarkan risalah berkaitan ajaran Kristian sebelum ditegur individu beragama Islam.

Mereka kemudian terus beredar dari lokasi itu selepas perbuatan mereka disedari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here