KUALA LUMPUR – Demi menghormati titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) , Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa supaya orang ramai tidak menyertai apa jua perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan berkata, semua rakyat digesa untuk sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara khususnya undang-undang serta kesopnanan dan kesusilaan yang merupakan pancang kepada kemakmuran negara.
“PDRM menjunjung hormat dan menyusul titah YDPA berhubung kuasa prerogative YDPA sepetimana termaktub dalam Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan yang jelas memandu semua pihak yang berhasrat untuk mendapatkan pengampunan perlu mengemukakan permohonan kepada Lembaga Pengampunan dan bukannya melalui perhimpunan atau apa jua saluran yang tidak mengikuti undang-undang,” katanya. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: