Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Pemimpin kena bawa suara rakyat bukan suara tauke-tauke besar.

Itu kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh.

“Mana yang salah tetap salah tidak kira dari parti mana kita datang sama ada kerajaan mahupun pembangkang.

“Sebab itu kritikan saya bukan hanya pada parti lawantetapi parti kawan pun akan saya kritik jika ia salah,kalau nak bukti boleh tengok semua kenyataan saya,” ujarnya.

Itu reaksi beliau terhadap satu hantaran akauan Anwar Ibrahim PM Rakyat yang menuduhya tindak tanduknya tidak menguntungkan kerajaan hari ini.

Menurut Dr Akmal, rakyat mahu lihat perubahan negara bermula daripada pemikiran pemimpinnya.

“Jika masih lagi dengan pemikiran yang parti aku sahaja yang betul semua dan parti org lain salah semuanya maka tidak perlu jadi pemimpin, boleh jadi lembu atau lobak.

“Sekali lagi saya ulang, saya bukan walaun mahupun walanon,saya pemimpin rakyat dan saya tetap konsisten sehingga hari ini sama ada kamu kerajaan mahupun pembangkang, saya akan bawa suara rakyat tanpa rasa takut sedikit sekalipun!” katanya.

Itu bezanya antara pemimpin dan orang yang cari makan dengan politik!, tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here