Gambar IPD Pekan

KUANTAN – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 20, Jalan Pekan/Batu Balik, Pekan hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 1 petang tadi.

Beliau berkata, SUV jenis Proton X50 yang dipandu seorang wanita berusia 36 tahun bersama dua anaknya dalam perjalanan dari arah Batu Balik menghala ke Bandar Pekan manakala motosikal jenis Honda RS150R ditunggang seorang lelaki berusia 35 tahun pula dari arah bertentangan.

“Hasil siasatan awal dijalankan mendapati ketika sampai di tempat kejadian, SUV tersebut telah melanggar objek yang tidak dikenal pasti yang berada di atas jalan raya.

“Kenderaan itu kemudian gagal dikawal lalu melanggar motosikal ditunggang lelaki tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit yang bekerja sebagai pemandu lori telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, pemandu SUV yang merupakan seorang guru tidak mengalami sebarang kecederaan namun dua anaknya yang berusia lapan dan empat tahun masing-masing mengalami kecederaan di bahagian gigi dan muka.

Mohd Zaidi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, sepasukan anggota bomba terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah SUV itu dengan menggunakan pengusung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here