Datuk Hussein Omar Khan

SHAH ALAM – Polis masih menunggu laporan dan keputusan toksikologi bagi mengenal pasti motif pembunuhan remaja perempuan, Yap Xin Yin berusia 15 tahun di Kampung Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, Sabtu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dakwaan sama ada mangsa terlibat dengan pengambilan dadah berlebihan atau disebabkan perselisihan faham turut disiasat.

Katanya lagi, berdasarkan hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas ketiga-tiga suspek termasuk teman lelaki mangsa berusia 16, 20 dan 51 tahun adalah negatif dadah.

“Bagaimanapun, kita masih menunggu keputusan toksikologi sama ada si mati ada menggunakan sebarang dadah, jadi selagi belum dapat keputusan kita tidak kata mangsa ambil terlebih dadah.

“Kita juga menunggu laporan itu bagi mengenal pasti sebarang kecederaan fizikal lain dan sebagainya memandangkan keadaan mayat ditemui menyukarkan pihak patalogi membuat siasatan.

“Pada masa sama, motif mangsa melibatkan teman lelakinya masih dalam siasatan lagi sama ada disebabkan perselisihan faham hingga bawa kematian atapun dadah,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Tambah Hussein, pihaknya juga percaya pembuangan mayat mangsa remaja itu melibatkan teman lelakinya namun masih dalam siasatan  sama ada individu lain turut terkait dalam perbuatan itu.

Pada 21 Disember lalu, media melaporkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas berlatih tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11 Cheras dekat sini, pada 19 Disember lalu.

Semalam, Hussein memaklumkan keputusan DNA yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia  mengesahkan mayat reput yang ditemui di Banting Sabtu lalu milik remaja Yap Xin Yuan yang hilang sejak 19 Disember lalu. – MalaysiaGazette

DNA sahkan mayat reput milik Yap Xin Yuan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here