KUALA LUMPUR- Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengumumkan peningkatan kadar caj rundingan, kemasukan ke wad dan caj perkhidmatan susulan kenaikan harga kos bekalan dan peralatan perubatan.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan PPUM, caj baharu itu dikuatkuasakan bermula Rabu lalu.
Katanya, harga konsultasi bagi klinik am dinaikkan kepada RM15 berbanding RM5 sebelum ini, manakala konsultasi pakar dinaikkan kepada RM80 berbanding RM30 dan rundingan susulan dengan doktor pakar dinaikkan kepada RM50 berbanding RM15.
Bayaran dikenakan bagi perkhidmatan wad maya (virtual) pula ialah RM80; wad biasa (dewasa) RM300; wad biasa (pediatrik) RM270; wad kritikal (dewasa) RM500 dan wad kritikal (pediaktrik) RM650.
“Semakan caj dilaksanakan kerana berlakunya perubahan kepada kos terutamanya kepada bekalan guna hapus dan peralatan untuk caj sedia ada,” katanya.