SEPANG – Tarikh akhir surat tawaran mengerjakan haji kepada jemaah Malaysia yang terpilih menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini dikeluarkan selewat-lewatnya sehingga 15 Januari 2025.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, setakat ini, seramai 6,000 jemaah Malaysia telah pun menerima dan memberi jawapan untuk mengerjakan ibadah itu.
“Tarikh akhir surat tawaran haji dikeluarkan pada 15 Januari 2025, setakat ini 20 peratus ataupun kira-kira 6,000 bakal jemaah, surat-surat tawaran haji telah pun dikeluarkan dan diterima dan sudah ada jawapan.
“Bakal-bakal jemaah ini telah buat pemeriksaan (kesihatan) dan lulus semua dan diterima.
“Kalau tak terima sampai 15 Januari, maknanya tak adalah, kita akan mulakan proses rayuan selepas 15 Januari 2025,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Kali Ke-3 Pengelola Jemaah Haji 1446H/2025M (Karnival PJH) di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, tidak ramai jemaah Malaysia yang menolak surat tawaran mengerjakan haji susulan dakwaan kenaikan kos pada tahun ini.
“Tak ramai yang tolak, macam tahun lepas, yang saya ada maklumat, 9,000 orang yang merayu dan kesemua 9,000 orang itu mereka memang bersetuju untuk bayar penuh.
“Saya ingat isu kos haji tinggi itu bukan sangat tinggi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
jadi yang 80% untuk yang buat rayuan. apa punya bodoh. kata pakai sistem computer. kalau tidak jujur melakukan tugas hanya untuk keuntungan, Selamat la kau di Dunia. aku jadi saksi di akhirat.