Tok Batin, Uda Ngon melakukan kerja menoreh getah diladang getah yang terletak di Kampung Arong, Chini, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 07 JUN 2020.

KUALA LUMPUR – Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah cuplump dan lateks tidak teraktif bagi Disember 2024 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Dalam satu kenyataan, LGM berkata, mulai Januari 2024, IPG akan diaktifkan jika harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM3 sekilogram ke bawah.

Ia berkata, IPG lateks juga akan teraktif apabila IPG getah cuplump teraktif.

Kadar IPG lateks ditetapkan pada RM0.90 sekilogram bagi 100 peratus kandungan getah kering (KGK).

Bagi Disember 2024, harga purata peringkat ladang bagi getah cuplump di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sabah masing-masing pada RM3.80, RM3.50 dan RM3.25 sekilogram.

Oleh yang demikian, tiada pembayaran IPG dilakukan bagi bulan tersebut. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here