KUALA LUMPUR – Toshiba memulakan tahun 2025 dengan memperkenalkan inovasi terbaharunya, Pemanas Air SensTemp™ Suhu Stabil yang menawarkan penyelesaian rumah pintar, selamat dan mesra alam.
Pasaran pemanas air di Malaysia dijangka berkembang dengan kadar CAGR 9.08 peratus dari 2024 hingga 2032 didorong oleh permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian pemanasan air yang cekap dan praktikal.
Pengarah Urusan Toshiba Sales & Services Sdn Bhd, Steven Yang berkata, segmen pemanas air di Malaysia amat kompetitif dan selain keperluan pasaran untuk pemanas air yang mempunyai fungsi pintar dan rekaan moden, kesedaran yang semakin meningkat terhadap kelestarian dan penjimatan tenaga terus mendorong permintaan bagi produk yang mesra alam.
Justeru, katanya, Toshiba kekal komited untuk menjadi jenama yang boleh dipercayai bagi melengkapkan keperluan rumah moden di seluruh dunia dan memberi pengalaman yang terbaik kepada pengguna melalui produk rekaan mereka yang menekankan kualiti, inovasi dan boleh dipercayai.
“Trend pasaran yang terus berkembang menunjukkan keperluan untuk terus melakukan perubahan inovasi dan memenuhi pelbagai keperluan pengguna masa kini iaitu menyediakan penyelesaian pemanas air yang praktikal, cekap, lestari dan boleh dipercayai,” katanya dalam kenyataan.
Pemanas Air SensTemp™ Suhu Stabil adalah bukti keupayaan Toshiba untuk menggabungkan teknologi terkini dengan kepraktisan harian, menjadikan kehidupan lebih pintar, selamat dan mesra alam.
Bagi meraikan pelancaran baharu pemanas air itu, Toshiba turut menawarkan hadiah lumayan berupa sebuah kereta Lexus baharu untuk dimenangi pemenang bertuah.
Tawaran istimewa itu akan ditawarkan kepada pengguna yang membeli mana-mana dua produk Toshiba yang bernilai lebih RM2,000 mulai sekarang hingga 15 Januari 2025.
Pemanas Air SensTemp™ Suhu Stabil kini boleh didapati mana-mana kedai peralatan rumah, dengan harga bermula dari RM599 hingga RM1,099. – MalaysiaGazette