KUALA LUMPUR – Tukar pergi himpunan kepada solat hajat dan doa tanda sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak.
Itu nasihat veteran UMNO, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah.
Menurutnya, sebagai rakyat yang mematuhi undang-undang wajib kita akur dengan titah diraja dan pihak berkuasa.
“Tapi kita boleh teruskan dengan solat hajat dan doa. Doa senjata umat Islam,” katanya dalam sesi live di platform TikTok malam tadi.
Itu respon Abdul Fattah ekoran kenyataan UMNO menyatakan tidak akan meneruskan himpunan solidariti terhadap Najib pada 6 Januari ini kerana akur pada titah Yang di-Pertuan Agong dan Polis Diraja Malaysia. – MalaysiaGazette
Makin sial UMNO ni..bacul..PRU nanti siaplah rakyat humban UMNO dlm tong najis..