Penduduk Pangsapuri Begonia, Kajang dakwa ditindas pihak pengurusan dengan mengenakan caj penyelenggaraan tinggi yang tidak setimpal dengan perkhidmatan.

KAJANG – Caj penyelenggaraan tinggi namun kemudahan yang dijanjikan kepada penduduk tidak disediakan.

Sehubungan itu, Penduduk Pangsapuri Begonia di sini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk campur tangan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Rata-rata mereka meluahkan rasa kecewa susulan rasa ditindas pihak pengurusan yang didakwa menakut-nakutkan penghuni menggunakan Akta Pengurusan Strata 2013.

Wakil penduduk, L. Francis Xavier, 36, berkata, pihak pengurusan kini mengenakan caj penyelenggaraan bulanan RM150 namun kemudahan penting seperti pondok keselamatan, kad akses untuk tangga, serta perkhidmatan pembersihan tidak disediakan seperti dijanjikan pemaju.

“Bayaran yang dikenakan kepada kami terlalu tinggi tetapi perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal.

“Malah kita turut meragui kesahihan pengurusan tersebut sama ada berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau sebaliknya.

“Justeru kita berharap pihak berkaitan khsususnya KPKT mengambil langkah segera bagi memastikan hak penghuni di sini dilindungi,” katanya hari ini.

Pihak polis menjalankan siasatan susulan laporan Francis berhubung peti suratnya sengaja dipecahkan individu tertentu untuk menakutkannya.

Mengulas lanjut Francis Xavier turut mendakwa dia diugut individu tidak dikenali agar tidak terlalu lantang bersuara berhubung isu kenaikan caj penyelenggaraan.

“Saya telah buat laporan polis berhubung perkara ini pada 2 Januari lalu di Balai Polis Beranang di sini, dan terbaru pagi ini peti surat saya dipecahkan,” katanya.

Difahamkan, pangsapuri tersebut merupakan projek perumahan SelangorKu dan kira-kira 200 penghuni mendiami kawasan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here