KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari dicabar untuk menjelaskan maksud kiasan yang dikongsi di media sosialnya.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, perbuatan melontarkan sindiran bukan tindakan yang dilakukan oleh seorang lelaki sejati.
Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu berkata, beliau sanggup bertemu dengan Ahmad Fadhli Isnin nanti untuk mengetahui maksud sindiran yang buat oleh Ketua Penerangan Pas itu.
“Saya minta Yang Berhormat (YB) untuk beritahu secara terus apa maksud kiasan YB ya. Kias-kias ini bukan anak jantan YB. Kalau tak sanggup nak beritahu, kita jumpa 6 Januari ini untuk kita tanya YB secara depan-depan ya,” kata Dr. Muhamad Akmal.
Sebelum ini Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menghantar kata-kata kiasan membabitkan haiwan seperti ayam dan biawak.
“Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak, digadai reban.” kias Ahmad Fahdli tanpa memberi sebarang penjelasan.
Kiasan itu dikongsi Ahmad Fahdli sejurus Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengeluarkan kenyataan pembatalan Himpunan Solidariti bagi menyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Himpunan itu dijadualkan berlangsung Isnin ini di Istana Kehakiman Putrajaya serentak dengan prosiding membabitkan kewujudan titah adendum melibatkan hukuman tahanan rumah terhadap Najib.
Himpunan tersebut dilaporkan sebagai bentuk sokongan ahli UMNO terhadap Najib yang juga merupakan bekas presiden parti itu.-MalaysiaGazette
Tak payah nak tanya soalan bodoh laaa…rakyat biasa pun faham maksudnya…kalau tak faham maksudnya ialah UMNO pengecut..kena gertak sikit tarik balik solidariti…tu pun tak faham kaa? Kita berhimpun sbg tanda solidariti..bukan nak merusuh kaa..tu pun salah? Dan rakyat nak tahu sama ada titah DYMM Agong berkaitam Adendum tu ADA atau TAK ADA? Kalau tak ada, kerajaan jawab lah tak ada..tak payah DS Najib nak bawa ke mahkamah..rakyat mahu tahu dan menjunjung tinggi perintah yg dizahirkan oleh DYMM Agong sebelum ini, al-Sultan Abdullah.tak ada kena mengena dgn DYMM Agong sekarang…Yg derhaka dan sorok titah Agong ialah Kerajaan PMX…tak payah nak spin