Tomiko Itooka (tengah) Foto: Gerontology Research Group

TOKYO – Wanita Jepun yang juga individu tertua di dunia, Tomiko Itooka, meninggal dunia pada usia 116 tahun, di Ashiya, dekat bandar tempat dia tinggal.

Itooka, yang mempunyai empat anak dan lima cucu, meninggal dunia pada 29 Disember di rumah jagaan yang didiaminya sejak 2019, kata datuk bandar dalam satu kenyataan.

Dia dilahirkan pada 23 Mei 1908 di hab komersial Osaka, dekat Ashiya, empat bulan sebelum model Ford T dilancarkan di Amerika Syarikat.

Itooka diiktiraf sebagai orang tertua di dunia selepas kematian Maria Branyas Morera dari Sepanyol pada Ogos 2024 pada usia 117 tahun.

Wanita ini yang merupakan salah seorang daripada tiga beradik yang melalui perang dunia dan wabak serta penemuan teknologi.

Sebagai seorang pelajar, dia gemar bermain bola tampar.

Itooka gemar menikmati pisang dan Calpis, minuman ringan bersusu yang popular di Jepun, menurut kenyataan datuk bandar.

Wanita lazimnya menikmati umur panjang di Jepun, tetapi negara itu menghadapi krisis demografi yang semakin teruk kerana populasi warga emas yang semakin meningkat membawa kepada kos perubatan dan kebajikan yang melambung tinggi, dengan tenaga buruh yang semakin berkurangan untuk membayarnya.

Sehingga September, Jepun mempunyai lebih daripada 95,000 orang yang berumur 100 tahun atau lebih 88 peratus daripadanya adalah wanita.

Daripada 124 juta penduduk negara itu, hampir satu pertiga adalah mereka yang 65 tahun atau lebih. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here