Gambar Bomba Pahang

KUANTAN – Sebuah premis menjual perkakas di Jalan Sungai Soi Pekan – Kuantan dilaporkan hangus dijilat api dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sejurus menerima panggilan, seramai lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan bersama jentera dikejarkan ke lokasi.

Selain itu, seramai 10 anggota daripada BBP Peramu dan dua daripada BBP Taman Tas turut ke lokasi membantu memadam kebakaran yang membabitkan premis perniagaan berkeluasan 30 X 15 meter persegi itu.

“Api berjaya dikawal selepas hampir dua jam, namun 80 peratus premis telah hangus. Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian juga masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here