Keadaan rumah yang runtuh dalam kejadian awal pagi tadi di Kuching, Sarawak Foto JBPM

KUCHING- Seorang lelaki maut apabila rumah yang didiaminya runtuh dalam kejadian di Jalan Stampin Baru, di sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada 2.50 pagi.

“Sejurus tiba di lokasi, orang awam memaklumkan terdapat mangsa yang berada di dalam rumah kediaman satu tingkat jenis kekal berkenaan.

“Susulan itu, pihak bomba bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa di lokasi kejadian dan berjaya menemukan mangsa, seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di bawah runtuhan,” menurut PGO JBPM Sarawak dalam kenyataan di sini hari ini.

Lim Inn Tong, 58, berjaya dikeluarkan daripada runtuhan pada 4.05 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here