SAN FRANCISCO- Microsoft bakal membelanjakan AS$80 bilion pada tahun kewangan 2025 yang berakhir Jun ini bagi membina pusat-pusat data yang direka untuk mengendalikan bebanan kerja kecerdasan buatan (AI).
Menurut gergasi teknologi itu, ia akan membina pusat data AI untuk “melatih model-model AI dan menggerakkan AI serta aplikasi bersandarkan awan ke seluruh dunia.
“Apabila kita melihat ke masa depan, jelas bahawa AI bakal menjadi GPT yang mengubah dunia.
“AI menjanjikan untuk menjadi pemacu inovasi dan merangsang produktiviti bagi setiap sektor ekonomi,” kata Naib Pengerusi dan Presiden Microsoft, Brad Smith.
Microsoft dan OpenAI dilaporkan sedang mengadakan rundingan berhubung pembinaan kemudahan pusat data yang mengandungi komputer mega AI yang digelar Stargate.
Kemudahan itu dianggarkan menelan kos pembinaan melebihi AS$100 bilion. -Agensi