Sebanyak lima orang rakyat Malaysia dengan sukarelanya menjadi "penyelia" untuk sindiket scam yang berpangkalan di Bakeo, Laos.

KUANTAN – Terpedaya dengan pulangan lumayan pelaburan Tukaran Matawang Asing, seorang pengurus syarikat kerugian RM156,424.73 wang simpanan dan caruman KWSP miliknya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki berusia 56 tahun itu mengetahui tawaran pelaburan Syarikat Clearbridgeleader.com melalui aplikasi WhatsApp Group pada pertengahan bulan September 2024.

“Suspek telah menawarkan pelaburan jenis Tukaran Matawang Asing sebanyak RM 10,000.00 yang dijanjikan mendapat pulangan sehingga 20 peratus bagi setiap bulan.

“Terpedaya dengan keuntungan yang lumayan, dalam tempoh 24.9.2024 hingga 18.12.2024, mangsa telah membuat 18 kali transaksi ke 4 akaun bank yang berbeza,” katanya dalam kenyataan.

Yahaya berkata, mangsa menyedari telah ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM 7,000.00 bagi tujuan mengeluarkan keuntungan daripada pelaburan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here