Pesawat Jeju Air Penerbangan 2216 yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan

SEOUL- Pasukan penyiasat dijangka mengumpulkan transkrip penuh daripada rakaman suara kokpit yang diperoleh daripada bangkai pesawat 2216 milik Jeju Air yang terhempas, ahad lalu.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya berkata, pasukan penyiasat juga berjaya membawa keluar satu daripada dua enjin pesawat berkenaan dan merancang untuk mendapatkan semula sebuah lagi enjin, pada Sabtu.

“Mereka juga mengkaji ekor serta peralatan pendaratan pesawat berkenaan di lokasi kejadian,” katanya.

Kementerian Pengangkutan yang menjalankan pemeriksaan ke atas semua pesawat Boeing 737-800 yang dikendalikan syarikat-syarikat penerbangan Korea merancang untuk melaksanakan langkah pembetulan segera sekiranya menemui sebarang masalah. -Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here