KUALA LUMPUR – Satu kertas siasatan polis dibuka berhubung tindakan beberapa individu menghadiri sebuah pertubuhan berpakaian mirip istiadat ketenteraan dalam satu majlis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah mengesan dengan video tular itu di aplikasi TikTok jam 2.30 petang semalam.
“Dalam video itu memaparkan beberapa inidvidu menyrtai satu majlis dengan memakaian pakaian rasmi yang hampir menyerupai pakaian istiadat pasukan beruniform.
“Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan atau Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tegas beliau, video tular tersebut juga boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai yang menganggap perbuatan tersebut bukan satu kesalahan.
Selain itu katanya, ia boleh menjurus kepada tindakan yang melanggar undang-undang termaktub di bawah undang-undang negara.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” ujarnya. – MalaysiaGazette