Seorang remaja perempuan, Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani yang dilaporkan hilang sejak 29 Disember lalu.

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta mengesan seorang remaja perempuan, Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani yang dilaporkan hilang sejak 29 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, laporan kehilangan remaja berusia 17 tahun dibuat ibu saudaranya pada Selasa lalu.

“Mangsa dilaporkan menetap di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang di Selangor bersama ibu saudaranya sejak Februari tahun lalu.

“Sebelum menghilangkan diri, remaja itu telah berkurung dalam bilik rumah akibat perselisihan faham keluarga dan dikesan hilang sekitar jam 12 tengahari pada 29 Disember.

“Kali terakhir Nurul Fateha dilihat memakai baju-T dan berseluar trek warna hitam serta membawa telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Norhizam, kes terbabit diklasifikasikan sebagai orang hilang dan usaha mengesan remaja itu sedang giat dijalankan.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Muhamad Jefry Mustafa di talian 014-8013500,” jelansya – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here