KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak sepatutnya menghalang orang awam untuk mengikuti apa-apa kes mahkamah lebih-lebih lagi jika ia boleh dilihat berkait dengan agenda politik pihak-pihak tertentu.
Ini tidak baik untuk tatakelola pentadbiran awam, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil.
“Sebagai bekas penjawat awam, saya faham bahawa penjawat awam biasanya hanya menjalankan tugas dan mengikut arahan orang atas.
“Orang atas ini biasanya orang politik. Siapakah “orang atas” yang sebenarnya beri arahan supaya orang awam dihalang datang ke mahkamah esok?
“Mungkin orang atas politik ini gerun melihat jika beribu-ribu orang datang sokong Datuk Seri Najib (Razak) esok. Ramai juga yang datang esok sebab mereka ingin tahu sama ada kerajaan sorok titah addendum diraja,” katanya dalam hantaran Facebook malam ini.
Menurut Isham, diaa akan pergi esok secara peribadi dan individu, tiada penganjur yang anjurkan.
“Saya orang awam yang ingin melawat premis awam secara aman,” ujarnya. – MalaysiaGazette