Gambar ihsan polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di kilometer (KM) 13, Jalan Benut – Simpang Renggam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai nahas yang melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic dengan SUV jenis Toyota Rush itu pada jam 10.25 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang menaiki Honda Civic  dari arah Simpang Renggam menghala ke Benut manakala Toyota Rush dari arah bertentangan.

“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa telah hilang kawalan sebelum bergesel dengan Toyota Rush.

“Perlanggaran itu menyebabkan Toyota Rush berkenaan terbabas dan jatuh ke bawah tebing,” katanya.

Menurut beliau, akibat nahas, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Toyota Rush pula mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Mukhlis Che Din, untuk membantu siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here